Blogger Widgets sweety_honey: SELAMAT HARI IBU

Jumaat, 10 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

                                                SELAMAT HARI IBU



Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan ibu mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu
Mungkin ada yang terlupa, sebagai makluman seperti tahun sebelumnya hari ibu akan disambut pada minggu ke dua bulan Mei dan untuk tahun ini pada 12.5.2013
Kenapa perlu sambut Hari Ibu?
wallpaper selamat hari ibu 2013 tarikh sambutan hari ibu 2013 di malaysia dan hukum
Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu,sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya,bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa
Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut,sebaiknya lakukan perkara seperti berikut
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya
Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka
Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars
Selebihnya, MySumber memang tidak layak untuk menghuraikan mengenai hukum sambutan Hari Ibu
Terpulang kepada anda hendak sambut atau tidak hendaklah berlandaskan dengan Ilmu jangan main ikut sahaja apa orang lain buat


My Sumber - http://www.mysumber.com/informasi/tarikh-sambutan-hari-ibu-2013-di-malaysia-dan-hukum#ixzz2Sxo9KDzQ


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...